Selasa, 26 April 2011

Jumpa Lagi !

Kata-Kata CikLulu di 7:06 PG
Awak Rasa Ape ? 
1 Pengkritik
assalamualaikum  dan selamat sejahtera ..

maafkan lulu sebab jarang update blog tersayang ini , ini kerana lulu TERsangatlah sibuk .. maafkan lulu ..
akan datang lulu akan postkan banyak lagi cerita berkaitan dgn diri lulu ok :)

JUMPA LAGI !

Selasa, 22 Mac 2011

Lirik Lagu Ceritaku-Blueberry Band

Kata-Kata CikLulu di 1:59 PG
Awak Rasa Ape ? 
23 Pengkritik
assalamualaikum ,
kali ini lulu akan selitkan sedikit hiburan demi untuk menolong my cousin yang sengal iaitu Encik Aiman a.k.a Atok yang masih tercari-cari lirik lagu ini ..

ok korang dengar dulu lagu ini ok








Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com
 
 
jika tak nak dengar , bolehla tekan pause
 


 ok ini lirik lagunya , lulu tak copy dari mana-mana blog ok .. tapi lulu dengar dari pengamatan lulu sendiri dari lagunya .. jika ada kesalahan pada lirik lagu ini , harap diampunkan :)

Blueberry band - ceritaku

aku punya cerita,
tentang kekasihku tercinta,
lelaki yang sangat rupawan ,
baru dua bulan carian ..

tetapi aku baru tahu ,
ternyata pacarku pancemburu ,
aku tak boleh begini begitu,
lama-lama aku jadi jemu ..

* i'm just wanna be free ,
from this love story ,
and i will wait for another love story ,
come to me ..

* baby will you let me free ,
to find another love story ,
dan kita kan jalin persamanan abadi..

ulang *

tetapi setelah kita tak bertamu ,
mengapa aku rindu pada mu ,
tatapan matamu jadi hala pelukmu ,
sudikah kau hadir dalam mimpuku ..

i'm just wanna be free ,
from this love story ,
and i will wait for another love story ,
come to me baby ..

baby ,
will you let me free ,
to find another love story
dan kita kan jalin persamanan abadi ..

p/s : jika nak copy boleh :) .. credit untuk Cik Lulu a.k.a Cik Tia (Tuan Blog Ini)

Sabtu, 19 Mac 2011

Bagaimana Akaun Laman Sosial Ataupun Email Digodam

Kata-Kata CikLulu di 7:04 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
lulu yakin pasti ramai yang dah TERKENA godam fb , atau friendster mahupun twitter serta myspace kan ?






Entri kali ini bukan mahu mengajar korang dengan terperinci bagaimana mahu hack account myspace, facebook, yahoo dan sebagainya. Tujuan sebenar entri ini dicipta untuk mengingatkan semua org diluar sana agar sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali percaya 100% pada teman2 yang baru korang kenal dalam dunia maya yang serba canggih kini. Terlebih dahulu korang kene tahu ape yang dimaksudkan dengan "Social Engineering".

Social Engineering ataupun dalam bahasa melayu ialah kejuruteraan sosial yang menggambarkan jenis gangguan teknikal yang sangat bergantung pada interaksi manusia dan sering melibatkan penipuan orang lain. Misalnya, orang yang menggunakan kejuruteraan sosial untuk masuk ke rangkaian komputer akan cuba untuk mendapatkan kepercayaan diri dari seseorang yang diberi kuasa untuk mengakses rangkaian dan membuatkan mereka mendedahkan maklumat yang membahayakan dari keselamatan rangkaian. Pengguna komputer sekarang kebanyakkan iaitu perempuan seringkali memuat naik terlalu banyak gambar atau meletakkan maklumat peribadi dalam platform rangkaian sosial. Platform seperti Facebook, MySpace dan Twitter yang sedang hangat dalam kalangan orang muda khasnya, sangat berisiko tinggi menjadi sasaran penggodam.
Ok sekarang ni aku nak tunjukkan contoh bagaimana senangnya penggodam dapat menceroboh segala maklumat anda dengan sekelip mata.


AMARAN : Segala gambar atau akaun yang aku diceroboh ini adalah benar dan tujuannya ialah untuk mendedahkan tentang bahayanya dunia internet sekarang ini. Oleh itu sila ambil langkah berhati2 supaya ANDA tidak akan menyesal kemudian hari. Pandangan dan pemerhatian anda amat dihargai.

1. Kenali "Mangsa"

Terdapat macam cara penggodam untuk mengenali mangsa, antaranya ialah melalui rakan2 si mangsa dengan memerhatikan dengan siapa si mangsa selalu berhubung dalam rangkaian sosial. Dengan itu, selepas mengenal pasti rakan mangsa penggodam boleh cuba menyamar menjadi rakan si mangsa dengan menghantar email spam dari halaman web yang menyediakan servis penghantaran email palsu (Fake Mail) untuk meminta segala maklumat peribadi bagi tujuan kepentingan mereka sendiri.



2. Mencari Dan Mengumpul Maklumat Peribadi Melalui Enjin Carian

Tidak dinafikan kebanyakan perempuan sekarang suka mendedahkan maklumat2 peribadi sperti tempat tinggal, tarikh lahir, no telefon, dan sebagainya. ada pula segelintir yang suka mendedahkan gambar tubuh mereka yang kononnya mengiurkan untuk tatapan semua kaum adam. meskipun untuk hanya suka2 tetapi mereka tidak mengetahui betapa seriusnya apabila gambar yang sebegini tersebar di dunia internet kerana kemungkinan gambar mereka boleh dimanipulasikan oleh pihak2 yang tertentu khususnya kepada yang pakar dalam mengedit gambar. Dalam mencari maklumat peribadi pada enjin carian seperti google atau yahoo, cara yang paling senang untuk mencari ialah dengan memasukkan email si mangsa dalam kotak carian. Dengan cara begini segala maklumat dapat dicari serta merta pada halaman2 web yang mungkin si mangsa mendaftarkan diri seperti di rangkaian sosial myspace, facebook, friendster dll. Berikut adalah beberapa contoh gambar yang mendedahkan maklumat peribadi mereka.





3. Meneka Kata Laluan Secara Random

Bagi penggodam, mereka mempunyai daya kemampuan pemikiran diluar batas bagi meneka kata laluan si mangsa dan tidak sesekali pernah berputus asa untuk berbuat demikian. Meneka kata laluan ini boleh diambil dari kata nama atau kata laluan yang biasa orang guna untuk mengcrack sesebuah account seperti "123", "123456", "abc", "qwerty", "abc123", "password" ataupun dari maklumat peribadi yang digunakan mungkin dapat dibuah sedikit dari katanya dan ditambah dengan bilangan nombor atau abjad diakhirnya. Ini sememangnya memerlukan kemahiran untuk anda berfikir dan kesabaran yang tinggi bagi meneka kata laluan si mangsa dengan betul. Jika cara ini tidak berkesan penggodam akan mencuba helah dan cara yang lain bagi memastikan account tersebut berjaya juga dicerobohinya.


4. Menggunakan "Forgot Your Password"

Cara ini merupakan cara yang paling senang untuk digunakan oleh seorang penggodam yang biasa melakukan kerja2 menceroboh akaun seseorang. Disini segala maklumat dan data yang diperolehi akan diguna sepenuhnya bagi proses mengembalikan password si mangsa dengan meneka soalan keselamatan (Secret Question) yang kebiasaannya tidak diambil berat oleh sesetengah individu. Penggodam memasukkan segala data yang diperlukan untuk mengembalikan password dengan perkataan dan benda yang mudah diperolehi berdasarkan sifat dan tingah laku si mangsa samada dari segi perwatakan, kegemaran dan sebagainya. Dengan berbekalkan maklumat yang diperolehi, soalan keselamatan yang selalunya diminta seperti tarikh lahir, poskod dan tempat tinggal dapat dijawab dengan mudah dan sekaligus dapat menukarkan kata laluan mangsa. Walaupun kadangkala penggodam tidak dapat menjawab soalan dengan tepat, mereka ini akan mencuba pada keesokkan harinya kerana sistem yang terdapat seperti pada
Yahoo membenarkan pengguna memasukkan 10 kali cubaan dan setelah gagal sistem ini akan memblock akaun anda selama 24 jam. Jadi penggodam akan cuba mencari lagi segala maklumat yang memungkinkan mereka untuk mencerobohi akaun peribadi anda.





5. Menyelonggar Data Dan Maklumat Peribadi
Setelah penggodam berjaya memasuki akaun data, mereka akan menyelonggar kesemua data anda termasuk myspace, photobucket, facebook dan segala macam akaun dengan membuat permintaan kata laluan kembali (Request Forgot Password). Kemungkinan data yang dapat diperoleh oleh penggodam berupa nombor akaun bank atau gambar2 peribadi turut juga diceroboh. Akaun yang diceroboh mungkin akan digunakan untuk menipu kawan si mangsa dan menggunakan cara yang sama bagi mendapatkan kata laluan. Ini mungkin akan lebih menyenangkan kerana kawan si mangsa tidak akan mengetahui bahawa akaun kawannya sudah digodam dan mangsa yang seterusnya adalah dia. Ada juga sesetengah penggodam menjual akaun2 seperti rapidshare, megaupload dll bagi mendapatkan keuntungan sendiri. Bagi kes yang melibatkan gambar peribadi, kemungkinan para penggodam akan menyebarkan gambar tersebut kepada umum dan ianya akan memalukan si mangsa.








Nota : Selalu berhati2 dalam tindakan anda, jangan memberikan data2 sulit dengan senang kepada orang luar dan langsung mempercayainya bulat2, peka terhadap perkembangan dunia IT.

credit untuk : abg el hunaif :)

Rabu, 16 Mac 2011

Kerana Engkaulah Yang Terbaik

Kata-Kata CikLulu di 12:15 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
Assalamualaikum

kali ni lulu nak bermain dengan emosi lulu ..
ok selama lulu pulang kekampung beberapa harilulu banyak temenung , fikir sendirian , duduk sorang2 dalam bilik sebab org yang paling kita sayang meninggal time kita betul2 perlukan khidmat nasihat dia .. bayangkan dah bertahun2 lulu xjumpa dia n tiba2 dia sakit baru lulu balik .. masa dalam perjalanan balik 2 orang kampung cakap dia masih lagi kat hospital tapi dalam sakit tenat .. paru-paru dia dah xboleh berfungsi .. mata dia boleh terbuka tp dia xboleh gerak dan tak boleh bercakap .. lulu jadi seram sejuk bila orang kampung cakap macam itu .. terus lulu drive pilih jalan dekat .. 

setibanya lulu di AJIL , lulu berhenti kat tepi penjara ajil .. lulu tersangatlah mengantuk ketika itu .. time menunjukkan baru jam 11.30malam .. sebab lulu tak tidur dari pagi tadi lulu terpaksa tidur juga ..tiba-tiba lulu dikejutkan dengan bunyi telefon .. orang kampung bagitahu dia dah meninggal .. time 2 tak payah cerita memang lulu down giler2 .. lantas lulu terus gerak dan xsambung tidur lagi .. dalam perjalanan lulu jadi tak tentu hala .. nak buat itu tak kena ini tak kena .. 

sampai-sampai lulu dikampung lebih kurang jam 3pagi .. lulu sampai semua orang tengok .. muka dah merah .. mata dah merah .. semua merah .. lulu masuk dalam rumah .. kebanyakkan tengah tidur .. adayang tengah mengaji n baca yasin .. lulu pergi kat jenazah dia .. lulu selak kain kat muka dia ..

Ya Allah , 

sangat cantik dan bercahaya .. sumpah lulu cakap muka dia dalam keadaan tersenyum .. bersih sangat-sangat muka dia .. lantas lulu ambik wudhu' n mengaji .. lulu langsung tak dapat tidur ketika itu .. sungguh lulu amat-amat perlukan dia tapi dia dah pergi tinggalkan lulu saat lulu eperlukan orang-orang yang benar-benar lulu anggap DIALAH YANG TERBAIK ..


sekian ..

Isnin, 28 Februari 2011

Lelaki Itu

Kata-Kata CikLulu di 5:45 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik

buat lelaki itu .. ya ! awakla lelaki itu .. lelaki yang baik hati.. lelaki yang penyayang .. lelaki yang sempurna serba serbi :'( 
harap awak baca 

Lelaki itu,
Tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya
Tidak kutahu mengapa ku rindu padanya
Dan juga tidak kutahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukakanku
Bukan sekali,
Bukan dua kali,
Malah kali ke-empat dia menolakku..
Membuang dan menolakku bagai bola

Tuhan,adakah aku satu permainan?
Tidak,aku tahu aku punya nyawa
Aku tahu aku punya perasaan
Aku tahu aku punya hati
Aku tahu aku punya harga diri
Dan jua aku tahu apa itu erti sebuah kehidupan

Hidup ini,tidak perlu mempermainkan
Hidup ini,tidak perlu menyakitkan insan yang kamu mahu jaga
Kerana aku,
Tetap tegar berpegang pada janji itu
Janji yang disemat pada hari pertama ku nampak kamu
Janji yang mungkin memakan diri pada pandangan mata rakan-rakanku
Janji yang aku tetap berdegil mahu tunaikan di saat sahabat-sahabatku menangis melihat aku begitu

Mengapa?
Aku tidak tahu juga
Tapi satu yang aku tahu,
Aku sayang kamu
Aku sayang kamu
Aku amat sayang kamu
Amat menyayangi dirimu
Andai kata aku bukan untukmu...aku tetap mahu menjagamu dengan baik

Kerana aku sayang kamu
Kerana kamu teman yang aku rindu
Kerana hatiku tetap berdegil mahu menjagamu
Kerana kamu amat istimewa bagi diriku

Benar,aku tidak punya apa-apa
Hanya seorang gadis biasa yang sentiasa tumpah air matanya
Kerana lelaki itu
Kerana dia tegar untuk berpegang pada apa yang hatinya mahu
Kerana dia sayang lelaki itu
Kerana lelaki itu yang dia rindu
Yang dia rindu sesungguh hati pilunya
Yang datang dalam mimpinya hanya lelaki itu

Tuhan,
Kurniakan kesabaran padaku
Berikanlah aku semangat untuk terus menjaga lelaki itu
Di saat susah senangnya
Di saat dia mahukan cinta suci seorang wanita
Di saat hatinya tidak keruan dan mahukan pelukan manja,
Di saat dia kebuntuan dan hilang arah,
Di saat dia perlukan teman,
Di saat dia hilang bicara,
Di saat dia perlukan ketenangan,
Aku mahu terus di sisinya
Aku mahu terus berada untuknya
Aku mahu selalu dekat di hatinya
Kerana aku sayang dia
Kerana aku cinta padanya
Kerana aku sentiasa mahu dia bahagia
Kerana aku tidak pernah mahu senyumnya hilang dari wajahnya
Kerana aku..tetap sayang dia untuk selamanya

Walaupun kamu selalu sakiti aku,
Aku tetap mahu kamu
Kerana aku yakin dengan gerak hatiku
Gerak hatiku yang meminta agar jangan sekali-kali tinggalkan kamu
Gerak hatiku yang berkata kamu tidak dapat aku lepaskan
Malah menyuruh aku menjagamu
Apa betul keputusanku ini,
Aku tak mahu tahu
Apa yang aku tahu,
Biarlah aku tetap menjagamu
Apa-apa yang jadi selepas itu,hanya ALLAH yang Maha Tahu
Benar,hanya Allah pelindungku
Dia temukan kau dan aku

Aku pohon hanya satu,
Jangan kau pergi jauh dariku
Kerana aku mahu jaga kamu
Kerana aku mahu peduli tentang kamu
Kerana itu hatiku mahu
Jangan tanya aku
Kerana aku memang tidak tahu
Apa yang aku tahu,
Aku hanya mahu kamu


Sabtu, 26 Februari 2011

Aku Seorang PROMOTER SEBENARNYA .. Hahaha

Kata-Kata CikLulu di 10:33 PTG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
HAaaaaaaaaaaaaa !! apa ???? Lulu PROMOTER ??????????????? OMG !!! Sape Yang Wat cerita Ni ???
plezz la korang jangan caye fitnah 2 ... hahaha .. 

sebenarnya la lulu bukan promoter macam kat kedai pasaraya "SELAMAT DATANG ,TERIMA KASIH DATANG LAGI" mesti ada yang pernah dengar trademark pasaraya ni .. hehe ... 

mcam ni la lulu singkatkan ... sebenrnya lulu tolong kawan lulu si SUHAIZAL KIUT GILER !! .. dia memang kiut pun .. rasa macam nak pijak-pijak je muka dia .. hehe .. dia la BESFREN lulu .. suka wat lulu ketawa sengsorang .. haha .. tapi AWAS !! dia dah kawen .. melepas aku .. huhu .. 

ok kat blog dia , dia ada buat 1 contest .. CONTEST CERITA SERAM PALING SERAM .. bunyi pun dah takut .. huhuhu .. sila tekan sini  Klik je tak kena bayar .. sapa-sapa dapat buat dia sampai gugur bulu hidung bolehla join .. memang best la sapa join .. hadiah menarik la ... huhuhu ..

sekian sahaja PROMOTER ni berkata-kata .. 

EASSALAM ..

Dan Akhirnya ... Selamat Sudah

Kata-Kata CikLulu di 9:38 PTG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
 kali ni kawan-kawan dengar dulu lagu ni ...
lagu ni lagu lama tapi lulu selalu dengar la ..

ok kali ni lulu nak cerita sambungan yang semalam .. yang pasal ex lulu kahwin .. hari ni kenduri dia .. family lulu ajak lulu kebetulan lulu ada kat rumah ..
so , lulu pun pergilah , sebagai tanda sayang kat dia lagi .. memang xsemangat lulu ..
lepas mandi lulu ubah fikiran macam xnak pergi  tapi bila tengok family lulu semua pergi lulu pun join la sekali ..

mula-mula lulu nak pakai baju warna biru .. time 2 memang dah iron siap dah semua sekali .. tiba-tiba ada la 1 kejadian yang tak disengajakan baju lulu habis semua basah .. lulu pun cari lagi baju warna hijau .. entah macam mana lulu tarik tiba-tiba baju 2 tersangkut kat paku .. so terkoyakla baju 2 ..

lulu dah mula putus asa ... rasanya memang lulu xleh pergi dah sebab ada petanda macam 2 .. tiba-tiba lulu tengok baju putih lulu ..baju tahun lepas .. memang masih dalam keadaan elok lagi la .. lulu pun iron baju 2 ..
alhamdulillah tak ada la pape yang buruk terjadi ..

sampaila saat nak pergi jejak rumah dia .. lulu tundukla .. member2 dia ramai duk situ pakat tengok lulu .. dia terkejut sebab lulu datang akhirnya .. dan yang paling terkejut baju kami sama .. !! PUTIH !! .. OMG !! boleh kawen x kita ni ?? huhuhu ..bila ramai tengok lulu tunduk n tak tengok muka dia semua faham apa yang berlaku kecuali bini dia memang tak kan tahu sampai bila-bila ..

masa lalu sebelah dia lulu TERbau badan dia .. perfume 2 ... perfume yang lulu bagi kat dia dulu .. pakai jugak dia ...alhamdulillah ... dia ingat lagi kat lulu ..

masa tengah makan lulu terpandang dia .. dia jadi malu-malu kat lulu .. yela apa yang dia janji kat lulu dulu xpernah dia tunaikan ..

lulu xlama duk situ sebab lulu tahan air mata lulu .. ada member dia asyik tengok lulu dengan pandangan simpati .. ye dia tahu semua kisah lulu dengan si dia .. semua tahu ...

apa-apa pun dia pun dah selamat akhirnya .. lulu cuma doakan agar dia bahgia hingga akhir hayat dan
semoga family kedua-dua belah pihak merestui hubungan mereka berdua .. amin


wassalam ...
 

Dari Hati Lulu .. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei