Selasa, 26 April 2011

Jumpa Lagi !

Kata-Kata CikLulu di 7:06 PG
Awak Rasa Ape ? 
1 Pengkritik
assalamualaikum  dan selamat sejahtera ..

maafkan lulu sebab jarang update blog tersayang ini , ini kerana lulu TERsangatlah sibuk .. maafkan lulu ..
akan datang lulu akan postkan banyak lagi cerita berkaitan dgn diri lulu ok :)

JUMPA LAGI !

Selasa, 22 Mac 2011

Lirik Lagu Ceritaku-Blueberry Band

Kata-Kata CikLulu di 1:59 PG
Awak Rasa Ape ? 
23 Pengkritik
assalamualaikum ,
kali ini lulu akan selitkan sedikit hiburan demi untuk menolong my cousin yang sengal iaitu Encik Aiman a.k.a Atok yang masih tercari-cari lirik lagu ini ..

ok korang dengar dulu lagu ini ok








Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com
 
 
jika tak nak dengar , bolehla tekan pause
 


 ok ini lirik lagunya , lulu tak copy dari mana-mana blog ok .. tapi lulu dengar dari pengamatan lulu sendiri dari lagunya .. jika ada kesalahan pada lirik lagu ini , harap diampunkan :)

Blueberry band - ceritaku

aku punya cerita,
tentang kekasihku tercinta,
lelaki yang sangat rupawan ,
baru dua bulan carian ..

tetapi aku baru tahu ,
ternyata pacarku pancemburu ,
aku tak boleh begini begitu,
lama-lama aku jadi jemu ..

* i'm just wanna be free ,
from this love story ,
and i will wait for another love story ,
come to me ..

* baby will you let me free ,
to find another love story ,
dan kita kan jalin persamanan abadi..

ulang *

tetapi setelah kita tak bertamu ,
mengapa aku rindu pada mu ,
tatapan matamu jadi hala pelukmu ,
sudikah kau hadir dalam mimpuku ..

i'm just wanna be free ,
from this love story ,
and i will wait for another love story ,
come to me baby ..

baby ,
will you let me free ,
to find another love story
dan kita kan jalin persamanan abadi ..

p/s : jika nak copy boleh :) .. credit untuk Cik Lulu a.k.a Cik Tia (Tuan Blog Ini)

Sabtu, 19 Mac 2011

Bagaimana Akaun Laman Sosial Ataupun Email Digodam

Kata-Kata CikLulu di 7:04 PG
Awak Rasa Ape ? 
1 Pengkritik
lulu yakin pasti ramai yang dah TERKENA godam fb , atau friendster mahupun twitter serta myspace kan ?






Entri kali ini bukan mahu mengajar korang dengan terperinci bagaimana mahu hack account myspace, facebook, yahoo dan sebagainya. Tujuan sebenar entri ini dicipta untuk mengingatkan semua org diluar sana agar sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali percaya 100% pada teman2 yang baru korang kenal dalam dunia maya yang serba canggih kini. Terlebih dahulu korang kene tahu ape yang dimaksudkan dengan "Social Engineering".

Social Engineering ataupun dalam bahasa melayu ialah kejuruteraan sosial yang menggambarkan jenis gangguan teknikal yang sangat bergantung pada interaksi manusia dan sering melibatkan penipuan orang lain. Misalnya, orang yang menggunakan kejuruteraan sosial untuk masuk ke rangkaian komputer akan cuba untuk mendapatkan kepercayaan diri dari seseorang yang diberi kuasa untuk mengakses rangkaian dan membuatkan mereka mendedahkan maklumat yang membahayakan dari keselamatan rangkaian. Pengguna komputer sekarang kebanyakkan iaitu perempuan seringkali memuat naik terlalu banyak gambar atau meletakkan maklumat peribadi dalam platform rangkaian sosial. Platform seperti Facebook, MySpace dan Twitter yang sedang hangat dalam kalangan orang muda khasnya, sangat berisiko tinggi menjadi sasaran penggodam.
Ok sekarang ni aku nak tunjukkan contoh bagaimana senangnya penggodam dapat menceroboh segala maklumat anda dengan sekelip mata.


AMARAN : Segala gambar atau akaun yang aku diceroboh ini adalah benar dan tujuannya ialah untuk mendedahkan tentang bahayanya dunia internet sekarang ini. Oleh itu sila ambil langkah berhati2 supaya ANDA tidak akan menyesal kemudian hari. Pandangan dan pemerhatian anda amat dihargai.

1. Kenali "Mangsa"

Terdapat macam cara penggodam untuk mengenali mangsa, antaranya ialah melalui rakan2 si mangsa dengan memerhatikan dengan siapa si mangsa selalu berhubung dalam rangkaian sosial. Dengan itu, selepas mengenal pasti rakan mangsa penggodam boleh cuba menyamar menjadi rakan si mangsa dengan menghantar email spam dari halaman web yang menyediakan servis penghantaran email palsu (Fake Mail) untuk meminta segala maklumat peribadi bagi tujuan kepentingan mereka sendiri.



2. Mencari Dan Mengumpul Maklumat Peribadi Melalui Enjin Carian

Tidak dinafikan kebanyakan perempuan sekarang suka mendedahkan maklumat2 peribadi sperti tempat tinggal, tarikh lahir, no telefon, dan sebagainya. ada pula segelintir yang suka mendedahkan gambar tubuh mereka yang kononnya mengiurkan untuk tatapan semua kaum adam. meskipun untuk hanya suka2 tetapi mereka tidak mengetahui betapa seriusnya apabila gambar yang sebegini tersebar di dunia internet kerana kemungkinan gambar mereka boleh dimanipulasikan oleh pihak2 yang tertentu khususnya kepada yang pakar dalam mengedit gambar. Dalam mencari maklumat peribadi pada enjin carian seperti google atau yahoo, cara yang paling senang untuk mencari ialah dengan memasukkan email si mangsa dalam kotak carian. Dengan cara begini segala maklumat dapat dicari serta merta pada halaman2 web yang mungkin si mangsa mendaftarkan diri seperti di rangkaian sosial myspace, facebook, friendster dll. Berikut adalah beberapa contoh gambar yang mendedahkan maklumat peribadi mereka.





3. Meneka Kata Laluan Secara Random

Bagi penggodam, mereka mempunyai daya kemampuan pemikiran diluar batas bagi meneka kata laluan si mangsa dan tidak sesekali pernah berputus asa untuk berbuat demikian. Meneka kata laluan ini boleh diambil dari kata nama atau kata laluan yang biasa orang guna untuk mengcrack sesebuah account seperti "123", "123456", "abc", "qwerty", "abc123", "password" ataupun dari maklumat peribadi yang digunakan mungkin dapat dibuah sedikit dari katanya dan ditambah dengan bilangan nombor atau abjad diakhirnya. Ini sememangnya memerlukan kemahiran untuk anda berfikir dan kesabaran yang tinggi bagi meneka kata laluan si mangsa dengan betul. Jika cara ini tidak berkesan penggodam akan mencuba helah dan cara yang lain bagi memastikan account tersebut berjaya juga dicerobohinya.


4. Menggunakan "Forgot Your Password"

Cara ini merupakan cara yang paling senang untuk digunakan oleh seorang penggodam yang biasa melakukan kerja2 menceroboh akaun seseorang. Disini segala maklumat dan data yang diperolehi akan diguna sepenuhnya bagi proses mengembalikan password si mangsa dengan meneka soalan keselamatan (Secret Question) yang kebiasaannya tidak diambil berat oleh sesetengah individu. Penggodam memasukkan segala data yang diperlukan untuk mengembalikan password dengan perkataan dan benda yang mudah diperolehi berdasarkan sifat dan tingah laku si mangsa samada dari segi perwatakan, kegemaran dan sebagainya. Dengan berbekalkan maklumat yang diperolehi, soalan keselamatan yang selalunya diminta seperti tarikh lahir, poskod dan tempat tinggal dapat dijawab dengan mudah dan sekaligus dapat menukarkan kata laluan mangsa. Walaupun kadangkala penggodam tidak dapat menjawab soalan dengan tepat, mereka ini akan mencuba pada keesokkan harinya kerana sistem yang terdapat seperti pada
Yahoo membenarkan pengguna memasukkan 10 kali cubaan dan setelah gagal sistem ini akan memblock akaun anda selama 24 jam. Jadi penggodam akan cuba mencari lagi segala maklumat yang memungkinkan mereka untuk mencerobohi akaun peribadi anda.





5. Menyelonggar Data Dan Maklumat Peribadi
Setelah penggodam berjaya memasuki akaun data, mereka akan menyelonggar kesemua data anda termasuk myspace, photobucket, facebook dan segala macam akaun dengan membuat permintaan kata laluan kembali (Request Forgot Password). Kemungkinan data yang dapat diperoleh oleh penggodam berupa nombor akaun bank atau gambar2 peribadi turut juga diceroboh. Akaun yang diceroboh mungkin akan digunakan untuk menipu kawan si mangsa dan menggunakan cara yang sama bagi mendapatkan kata laluan. Ini mungkin akan lebih menyenangkan kerana kawan si mangsa tidak akan mengetahui bahawa akaun kawannya sudah digodam dan mangsa yang seterusnya adalah dia. Ada juga sesetengah penggodam menjual akaun2 seperti rapidshare, megaupload dll bagi mendapatkan keuntungan sendiri. Bagi kes yang melibatkan gambar peribadi, kemungkinan para penggodam akan menyebarkan gambar tersebut kepada umum dan ianya akan memalukan si mangsa.








Nota : Selalu berhati2 dalam tindakan anda, jangan memberikan data2 sulit dengan senang kepada orang luar dan langsung mempercayainya bulat2, peka terhadap perkembangan dunia IT.

credit untuk : abg el hunaif :)

Rabu, 16 Mac 2011

Kerana Engkaulah Yang Terbaik

Kata-Kata CikLulu di 12:15 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
Assalamualaikum

kali ni lulu nak bermain dengan emosi lulu ..
ok selama lulu pulang kekampung beberapa harilulu banyak temenung , fikir sendirian , duduk sorang2 dalam bilik sebab org yang paling kita sayang meninggal time kita betul2 perlukan khidmat nasihat dia .. bayangkan dah bertahun2 lulu xjumpa dia n tiba2 dia sakit baru lulu balik .. masa dalam perjalanan balik 2 orang kampung cakap dia masih lagi kat hospital tapi dalam sakit tenat .. paru-paru dia dah xboleh berfungsi .. mata dia boleh terbuka tp dia xboleh gerak dan tak boleh bercakap .. lulu jadi seram sejuk bila orang kampung cakap macam itu .. terus lulu drive pilih jalan dekat .. 

setibanya lulu di AJIL , lulu berhenti kat tepi penjara ajil .. lulu tersangatlah mengantuk ketika itu .. time menunjukkan baru jam 11.30malam .. sebab lulu tak tidur dari pagi tadi lulu terpaksa tidur juga ..tiba-tiba lulu dikejutkan dengan bunyi telefon .. orang kampung bagitahu dia dah meninggal .. time 2 tak payah cerita memang lulu down giler2 .. lantas lulu terus gerak dan xsambung tidur lagi .. dalam perjalanan lulu jadi tak tentu hala .. nak buat itu tak kena ini tak kena .. 

sampai-sampai lulu dikampung lebih kurang jam 3pagi .. lulu sampai semua orang tengok .. muka dah merah .. mata dah merah .. semua merah .. lulu masuk dalam rumah .. kebanyakkan tengah tidur .. adayang tengah mengaji n baca yasin .. lulu pergi kat jenazah dia .. lulu selak kain kat muka dia ..

Ya Allah , 

sangat cantik dan bercahaya .. sumpah lulu cakap muka dia dalam keadaan tersenyum .. bersih sangat-sangat muka dia .. lantas lulu ambik wudhu' n mengaji .. lulu langsung tak dapat tidur ketika itu .. sungguh lulu amat-amat perlukan dia tapi dia dah pergi tinggalkan lulu saat lulu eperlukan orang-orang yang benar-benar lulu anggap DIALAH YANG TERBAIK ..


sekian ..

Isnin, 28 Februari 2011

Lelaki Itu

Kata-Kata CikLulu di 5:45 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik

buat lelaki itu .. ya ! awakla lelaki itu .. lelaki yang baik hati.. lelaki yang penyayang .. lelaki yang sempurna serba serbi :'( 
harap awak baca 

Lelaki itu,
Tidak ku tahu mengapa aku jatuh sayang padanya
Tidak kutahu mengapa ku rindu padanya
Dan juga tidak kutahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yang melukakanku
Bukan sekali,
Bukan dua kali,
Malah kali ke-empat dia menolakku..
Membuang dan menolakku bagai bola

Tuhan,adakah aku satu permainan?
Tidak,aku tahu aku punya nyawa
Aku tahu aku punya perasaan
Aku tahu aku punya hati
Aku tahu aku punya harga diri
Dan jua aku tahu apa itu erti sebuah kehidupan

Hidup ini,tidak perlu mempermainkan
Hidup ini,tidak perlu menyakitkan insan yang kamu mahu jaga
Kerana aku,
Tetap tegar berpegang pada janji itu
Janji yang disemat pada hari pertama ku nampak kamu
Janji yang mungkin memakan diri pada pandangan mata rakan-rakanku
Janji yang aku tetap berdegil mahu tunaikan di saat sahabat-sahabatku menangis melihat aku begitu

Mengapa?
Aku tidak tahu juga
Tapi satu yang aku tahu,
Aku sayang kamu
Aku sayang kamu
Aku amat sayang kamu
Amat menyayangi dirimu
Andai kata aku bukan untukmu...aku tetap mahu menjagamu dengan baik

Kerana aku sayang kamu
Kerana kamu teman yang aku rindu
Kerana hatiku tetap berdegil mahu menjagamu
Kerana kamu amat istimewa bagi diriku

Benar,aku tidak punya apa-apa
Hanya seorang gadis biasa yang sentiasa tumpah air matanya
Kerana lelaki itu
Kerana dia tegar untuk berpegang pada apa yang hatinya mahu
Kerana dia sayang lelaki itu
Kerana lelaki itu yang dia rindu
Yang dia rindu sesungguh hati pilunya
Yang datang dalam mimpinya hanya lelaki itu

Tuhan,
Kurniakan kesabaran padaku
Berikanlah aku semangat untuk terus menjaga lelaki itu
Di saat susah senangnya
Di saat dia mahukan cinta suci seorang wanita
Di saat hatinya tidak keruan dan mahukan pelukan manja,
Di saat dia kebuntuan dan hilang arah,
Di saat dia perlukan teman,
Di saat dia hilang bicara,
Di saat dia perlukan ketenangan,
Aku mahu terus di sisinya
Aku mahu terus berada untuknya
Aku mahu selalu dekat di hatinya
Kerana aku sayang dia
Kerana aku cinta padanya
Kerana aku sentiasa mahu dia bahagia
Kerana aku tidak pernah mahu senyumnya hilang dari wajahnya
Kerana aku..tetap sayang dia untuk selamanya

Walaupun kamu selalu sakiti aku,
Aku tetap mahu kamu
Kerana aku yakin dengan gerak hatiku
Gerak hatiku yang meminta agar jangan sekali-kali tinggalkan kamu
Gerak hatiku yang berkata kamu tidak dapat aku lepaskan
Malah menyuruh aku menjagamu
Apa betul keputusanku ini,
Aku tak mahu tahu
Apa yang aku tahu,
Biarlah aku tetap menjagamu
Apa-apa yang jadi selepas itu,hanya ALLAH yang Maha Tahu
Benar,hanya Allah pelindungku
Dia temukan kau dan aku

Aku pohon hanya satu,
Jangan kau pergi jauh dariku
Kerana aku mahu jaga kamu
Kerana aku mahu peduli tentang kamu
Kerana itu hatiku mahu
Jangan tanya aku
Kerana aku memang tidak tahu
Apa yang aku tahu,
Aku hanya mahu kamu


Sabtu, 26 Februari 2011

Aku Seorang PROMOTER SEBENARNYA .. Hahaha

Kata-Kata CikLulu di 10:33 PTG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
HAaaaaaaaaaaaaa !! apa ???? Lulu PROMOTER ??????????????? OMG !!! Sape Yang Wat cerita Ni ???
plezz la korang jangan caye fitnah 2 ... hahaha .. 

sebenarnya la lulu bukan promoter macam kat kedai pasaraya "SELAMAT DATANG ,TERIMA KASIH DATANG LAGI" mesti ada yang pernah dengar trademark pasaraya ni .. hehe ... 

mcam ni la lulu singkatkan ... sebenrnya lulu tolong kawan lulu si SUHAIZAL KIUT GILER !! .. dia memang kiut pun .. rasa macam nak pijak-pijak je muka dia .. hehe .. dia la BESFREN lulu .. suka wat lulu ketawa sengsorang .. haha .. tapi AWAS !! dia dah kawen .. melepas aku .. huhu .. 

ok kat blog dia , dia ada buat 1 contest .. CONTEST CERITA SERAM PALING SERAM .. bunyi pun dah takut .. huhuhu .. sila tekan sini  Klik je tak kena bayar .. sapa-sapa dapat buat dia sampai gugur bulu hidung bolehla join .. memang best la sapa join .. hadiah menarik la ... huhuhu ..

sekian sahaja PROMOTER ni berkata-kata .. 

EASSALAM ..

Dan Akhirnya ... Selamat Sudah

Kata-Kata CikLulu di 9:38 PTG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
 kali ni kawan-kawan dengar dulu lagu ni ...
lagu ni lagu lama tapi lulu selalu dengar la ..

ok kali ni lulu nak cerita sambungan yang semalam .. yang pasal ex lulu kahwin .. hari ni kenduri dia .. family lulu ajak lulu kebetulan lulu ada kat rumah ..
so , lulu pun pergilah , sebagai tanda sayang kat dia lagi .. memang xsemangat lulu ..
lepas mandi lulu ubah fikiran macam xnak pergi  tapi bila tengok family lulu semua pergi lulu pun join la sekali ..

mula-mula lulu nak pakai baju warna biru .. time 2 memang dah iron siap dah semua sekali .. tiba-tiba ada la 1 kejadian yang tak disengajakan baju lulu habis semua basah .. lulu pun cari lagi baju warna hijau .. entah macam mana lulu tarik tiba-tiba baju 2 tersangkut kat paku .. so terkoyakla baju 2 ..

lulu dah mula putus asa ... rasanya memang lulu xleh pergi dah sebab ada petanda macam 2 .. tiba-tiba lulu tengok baju putih lulu ..baju tahun lepas .. memang masih dalam keadaan elok lagi la .. lulu pun iron baju 2 ..
alhamdulillah tak ada la pape yang buruk terjadi ..

sampaila saat nak pergi jejak rumah dia .. lulu tundukla .. member2 dia ramai duk situ pakat tengok lulu .. dia terkejut sebab lulu datang akhirnya .. dan yang paling terkejut baju kami sama .. !! PUTIH !! .. OMG !! boleh kawen x kita ni ?? huhuhu ..bila ramai tengok lulu tunduk n tak tengok muka dia semua faham apa yang berlaku kecuali bini dia memang tak kan tahu sampai bila-bila ..

masa lalu sebelah dia lulu TERbau badan dia .. perfume 2 ... perfume yang lulu bagi kat dia dulu .. pakai jugak dia ...alhamdulillah ... dia ingat lagi kat lulu ..

masa tengah makan lulu terpandang dia .. dia jadi malu-malu kat lulu .. yela apa yang dia janji kat lulu dulu xpernah dia tunaikan ..

lulu xlama duk situ sebab lulu tahan air mata lulu .. ada member dia asyik tengok lulu dengan pandangan simpati .. ye dia tahu semua kisah lulu dengan si dia .. semua tahu ...

apa-apa pun dia pun dah selamat akhirnya .. lulu cuma doakan agar dia bahgia hingga akhir hayat dan
semoga family kedua-dua belah pihak merestui hubungan mereka berdua .. amin


wassalam ...

Apabila ..

Kata-Kata CikLulu di 8:10 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
before lulu tulis apa-apa , cuba kawan-kawan dengar lagu ni dulu ..


Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...




                                                            **************************************************


lulu suka lirik lagu yang last sekali ... ya korang lulu tengah lalui perkara cam lirik lagu di atas sekarang .. walaupun kami dah lama putus tapi sampai sekarang lulu ingat apa yang dia janji dulu .. mudah kan berjanji wahai kaum adam ? tapi nak TEPATI 2 umpama nak kena bagi emas seguni dulu .. 
ok lulu ceritakan serba sedikit tentang kisah kami ni dl ..


lulu kenal dengan dia pun secara tak sengaja ... time 2 lulu ingat nak minta tolong dia sebab ada something berlaku kat member lulu yang juga serumah dengan dia ... tapi tak sangka sejak 2 kami mula kenal .. masa time kawan-kawan selalu jugak la jumpa dia .. nak jumpa dia senang sahaja sebab dia ada di mana-mana .. sebab kerja dia time 2 cuma ronda kawasan .. mesti ada yang dapat teka dia kerja apa .. keja dia biarla rahsia .. biar kan orang yang dapat teka sahaja yang tahu .. memang perkenalan kami indah .. sukar untuk cari kesalahn dia sebab dia seorang yang matang .. 


agak lama lulu dengan dia bercinta tiba-tiba kami TERlost contact .. entah kenapa .. tapi lulu redha .. adalah salah silap lulu yang dia tak dapat maafkan ..


suatu hari ,
lulu tengah nak masukkan duit kat maybank .. tiba-tiba ada seorangperempuan masuk kat dalam maybank nak kelurakan duit .. pastu dia tengok lulu dia senyum2 .. pastu dia tegur orang sbelah lulu .. lepas dia tegur orang sebelah lulu tengok kat luar .. lulu tengokla sekali .. ruap-rupanya orang kat luar 2 orang yang sedang lulu katakan ni la .. punyalah happy lulu dpt jumpa dengan dia lg .. lulu cepat-cepat masukkan duit sebab lulu nak p jumpa dia .. tapi tiba-tiba lepas lulu masukkan duit baru je nak keluar dari pintu maybank 2 lulu nampak si perempuan 2 naik motor dengan dia .. siap berpeluk lagi .. lulu dah mula start nak berdrama air mata kat situ .. tapi lulu tahan sampaila kat rumah .. bila fikir-fikir kan semula lulu fikir positif mungkin dia 2 adik beradik kot .. 


hari ahad minggu lepas ,
time 2 lulu tengah bersiap-siap nak pergi berkelah, tiba-tiba ada orang bagi salam .. lulu kenal suara 2 .. lulu cepat-cepat pakai tudung ... dia senyum .. lulu pun senyumla .. dia pun tiba-tiba hulur sampul surat .. lulu ingat surat apa tapi bila lulu bukak rupa-rupanya kad undangan perkahwinan dia .. lulu xtipu .. time 2 lulu rasa masa nak pengsan .. yang lulu dengar dia cakap HARAP DATANG .. memang hanya Allah je tahu apa perasaan lulu sekarang .. 


dan sekarang ..
dia dah selamat diijabkabulkan tadi .. semoga dia bahagia .. dan lulu tetap setia denan air mata lulu sekarang


WASSALAM ..

FITNAH ... semua pernah kena

Kata-Kata CikLulu di 2:47 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
kali ni lulu nak cerita pasal kisah pasal FITNAH .. ya FITNAH .. lulu pasti mesti semua pernah terkena dengan fitnah ni .. so lulu nak cerita la pasal kisah lulu kena fitnah ni .. banyak sangat .. yela lulu kan HOT giler .. so ramaila yang JELES! kononnya la ..

ok kisah ni berlaku time lulu form 4 .. time lulu form 4 lulu ni jenis bukan budak liar ..memang xpernah la jadi budak liar ni ... xpernah keluar rumah sorang2 ... tapi kat sekolah lulu jenis suka jadi kera sumbang ... tak suka harap kat orang lain .. suka p kantin sorang-sorang ... suka jalan kat sekitar sekolah sorang-sorang meskipun lulu ada 2 orang kawan baik ... disebabkan mungkin ada yang JELES ! sebab dengki dengan kehidupan lulu yang TERamat tenang , suatu hari tiba-tiba ada kaunselor panggil lulu .. lulu terkejut lah .. sebab lulu tak pernah kena panggil .. tiba-tiba kena panggil .. kawan-kawan semua dah pandang lain dah pada lulu .. lulu buat biasa je tapi dalam hati dah rasa pelik je .. apa salah lulu ? .. sampailah lulu dibawa ke bilik kaunseling .. baru lulu tahu sebab apa .. ada orang nampak lulu berdua-duan dengan lelaki kat sebuah kelas ... GILA BETOII !! .. dalam hati lulu dah siap sumpah menyumpah sapa wat fitnah nak pedajal kat lulu .. memang seumur hidup lulu tak pernah rasa kena fitnah macam ni ... banyak kaunselor soal lulu macam-macam tapi lulu tetap nafikannya .. sampailah lulu tanya sapa wat fitnah ni kaunselor tak nak cakap ... memang lulu rasa lulu tahu sapa orangnya .. dan lulu tak pernah kenal laki yang dimaksudkan berdua-duaan dengan lulu 2 .. memang kalau lulu jumpa lulu nak tampar je si bedebah 2 .. suka hati mak bapak dia je fitnah mcam 2 ... bukan setakat fitnah berdua-duaan tapi si dajal 2 fitnah lulu wat benda tak senonoh ..
dengar sini wahai KAWAN ,
walau aku ni pernah wat ko jeles sebab aku ni hidup dengan tenang dan aman damai ,
tolonglah tak payah wat fitnah macam 2 .. lau ko nak wat fitnah aku ni cantik xpe gak .. ak sanggup akui aku memang cantik . hahaha ... tak payah la wei .. sebab aku pun tahu kisah ko .. tapi sebab hati aku ni xderla busuk sangat aku malas nak hebohkan kat org ... yela muka ko 2 nampak baik .. pakai songkok tak kira masa .. yela org ada jawatan la time 2 kononnya .. hahaha .. walaupun benda ni dah berlaku banyak tahun ... aku tetap ingat senum sinis ko masa ko nampak kaunselor bawak aku pergi ke bilik kaunseling ...tapi tahniahlah .. akhirnya ko kena gak .. haahhaaha


apa pun kawan-kawan ,
lulu nak pesan dalam hidup ni tak payahla nak fitnah orang .. hidup 2 xsempurna lagi awak oii .. daripada awak fitnah orang baik awak bunh orang 2 .. hahaha .. apa-apa pun renungkan diri 2 xsempurna sangat dan apa yang lulu mrepek pun lulu xtahu .. hahaha ..

WASSALAm

Selasa, 22 Februari 2011

Untuk Awak Dari Saya

Kata-Kata CikLulu di 6:24 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
kali ni lulu tulis luahan untuk dia macam lulu tulis surat .. maaf jika bahasa pasar digunakan dalam post ini ...


                        **********************************************************

assalamualaikum ,


kehadapan awak yang saya sayangi ..


awak , saya harap awak baca apa yang saya tulis ni .. awak sebenarnya saya masih tak dapat lupakan awak even saya hebahkan 1 dunia yang saya dah berjaya lupakan awak .. ya wak saya tipu semua orang pasal perasaan saya yang saya dah lupakan awak tapi berat sangat saya nak lupakan awak ..


awak , dulu saya selalu paksa awak untuk block saya kan ? setiap kali saya hantar mesej mesti saya suruh awak block saya kan ? tapi awak tak pernah rasa nak block saya .. terima kasih ..dan saya dah block awak .. maafkan saya .. tapi kan saya xtenang bila saya block awak .. lagi2 bila kita tiada benda nak berhubung .. awak masuk blog saya .. awak tulis kat shoutmix saya .. dan sebab saya masih kesian kat awak saya ikut apa yang awak cakap .. saya call awak ... dan selepas itu saya unblock awak ..


tapi ..


awak block saya semula .. saya tahu .. awak dah mula start membenci saya .. alhamdulillah .. awak dah berjaya penuhi impian awak 2 .. dan terima kasih awak ...


awak ,


sekarang saya bagitahu pasal keadaan saya sekarang even awak xnak tahu tapi saya nak kongsi gak .. hehe .. awak , sekarang saya dah gelap .. lagi gelap dari awak kot .. hehe .. saya hari2 kawad wak .. alhamdulillah berkat kawad banyak kali ni saya dan platun saya berjaya dengan cemerlang .. walaupun saya terpaksa berhenti jadi ketua platun ketika itu atas sebab saya ketiadaan suara ... dan dalam keadaan ibu jari kaki saya sakit , saya kuatkan semangat wak .. tapi kan wak ... ketika time saya tengah dalam keadaaan KEKANAN HORMAT , tiba2 ibu jari saya macam nak patah ... time 2 rasa macam nak nangis wak .. saya tak tahan tapi saya terpaksa wak .. bagi nak sama tangan dgn kaki ... pastu wak saya kena berjemur lebih kurang sejam ... tak boleh bergerak .. cuma boleh gerakkan jari kaki dalam kasut ... time 2 saya jadi kaku wak ..xleh watpe dah .. tapi kan time 2 saya asyik terbayangkan awak .. awak pn mcm sy ke dl ? ...




awak ,


lepas 2 kan wak baru la istiadat keluar baris .. time 2 lega giler hati saya ... cepat2 saya cari port sesuai nak tukar baju sebab saya pakai baju 2 lapis ... baju t-shirt lengan panjang kat dalam .. huhuhu .. panas wak ..


awak ..


balik dari kawad saya terus jalan macam nak seret kaki .. kalau rasa mcam leh potong kaki macam nak potong dah .. dah lama sangat saya xkawad wak .. ni tiba2 kena 2 pun secara mengejut ...


awak ...


sampai sini la saya cerita pasal keadaan saya sekarang .. saya tahu awak dah berpunya .. harap awak jaga dia sebaik habis mungkin k .. saya harap awak tengokla blog saya k .. hanya untuk awak dari saya ..


wassalam ..


                                                                  **************************


bila tengok feedjit tiba2 nampak negeri 2 .. saya tahu awak bukak .. terima kasih awak .. sayang awak lagi ... tapi sayangnya awak dah berpunya ...semoga awak bahagia ... wassalam ...

Isnin, 21 Februari 2011

Ku Baru Tersedar .. PART 3(Akhirnya)

Kata-Kata CikLulu di 6:28 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik


Kali ni lulu bagi lagu radja-terus terang .. lulu suka bait-bait lagu yang ni


Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan
ye lulu suka bait-bait lagu ni sebab bait-bait lagu ni la pengakhiran bagi ceria lulu ni ..lulu akur .. lulu kena sedar sekarang ni bukan main-main lagi .. sekarang ni masa untuk lulu serius tentang itu ..lulu kan bodoh .. so sekarang lulu kena fikir secara bijak dan waras .. lagipn lulu bukan budak-budak lagi .. lulu dah besar ..

ok sekarang kita cerita macam nama pengakhirannya ..

dia banyak mesej kat fb lulu.. lulu remove dia dari frens lulu sebab lulu xsanggup tengok dia lagi .. dia sendiri mengaku sudah berpunya so lulu kena akur .. xkan lulu nak rampas bf org .. sejahat-jahat lulu yang banyak skandal dulu pun lulu xpernah ambil pakwe orang ..itu yang lulu PALING PANTANG .. tapi sekarang dah xdah ..

TERIMA KASIH ALLAH..
ya terima kasih Tuhan sebab dah bukakan hati lulu untuk terima hakikat bahawa dia bukan milik lulu lagi .. memang payah bagi lulu .. sebab kadang2 pun lulu xkuat jgak .. sekarang lulu dah terima hakikat .. untuk bagi dia bahagia lulu kena berkorban .. sebab 2 llu block fb dia .. supaya dia xmesej ll lagi .. bagi peluang dia mesej kekasih baru dia .. dia memang sangat2 hensem ... semua tengok pasi terpikat ... tinggi .. sasa .. even gelap sikit sebab dia pilot .. sebab 2 ramai mata memandang .. sebab 2 ramai yang minat dia .. sebab 2 lulu xkesah kalau tiba2 dia senang dapat kekasih baru .. tapi xperla .. lulu redha sahaja ...

sekali lagi

TERIMA KASIH ALLAH
sebab selalu bersama lulu susah dan senang .. menangis dan gembira ... hanya Dialah tempat lulu mengadu ..lulu dah malas nak taip panjang2  .. nanti jadi konroversi .. sekian cerita lulu untuk sekian kali terakhir lulu bercinta kali ni ..

WASSALAM

Ahad, 20 Februari 2011

Tentang Faceblog :)

Kata-Kata CikLulu di 1:47 PG
Awak Rasa Ape ? 
0 Pengkritik
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Read More . . .

Khamis, 17 Februari 2011

"Contest Story Mory Sob..Sob..by Pieyaris"

Kata-Kata CikLulu di 7:13 PG
Awak Rasa Ape ? 
3 Pengkritik
hei korang .. lulu masuk contest ni la  Sila Tekan :).. huhuhu .. first time masuk contest tapi lulu akan cuba .. huhu .. lulu banyak sangat kisah sedih2 .. lau korang tgk post2 lulu sblum ni semua macam sedih-sedih je .. huhu ... ok kali ni lulu akan ceritakan pasal cerita cinta seorang gadis dulu ...



                                                      *********************************

Assalamualaikum. Hi :)
Lulu is here now. Hehe :) Okeh,hari ni Lulu cuma nak citer balik. Satu citer yang penah popular dulu2 (rasanya la...). So,kali ni,Lulu cuma sertakan sket nga sketch yang Lulu lukis. Sori ea,Lulu sketch pn gitu2 je. Huhuhu...


Jadi,sebelum korang baca,Lulu nak mintak korang dengar lagu kat video yang Lulu letak ni sambil baca citer ni. Nak bagi feeling tu lebih UP!! :P Ada 2 lagu,pilih la mana satu. Nak dengar dua-dua pon bleh.


Dan,satu lagi. Lulu mintak maaf ye kalau citer ni ada kena mengena dengan sesapa yang masih hidup atau mati. Lulu mintak maaf bnyk sangat3 ye. Dan,Lulu mintak maaf sebab Lulu bukan seorang penulis yang bagus ye. Dan juga susunan yang berterabur. Huhuhu.. Anyway,ENJOY ye :)










Tapi Lulu sarankan korang dengar lagu kedua 2 .. sedihla gak .. hihi


-----------------------------------------------------------------------------
The story begin......





-"Awak....Terima kasih sebab sudi kawan dgn saya. Walaupun saya ni cacat penglihatan,miskin,hina di pandangan mata org ramai. Tapi,awak tetap sudi berkawan dgn saya. Temankan saya. Ceriakan hati saya. Saya ingatkan,saya cuma insan yang tersisih dalam masyarakat ini. Rupanya,Tuhan dah hantarkan awak sebagai bidadari dalam hidup saya" ujar si jejaka.






 -"Sudikah kiranya awak nak dengar...apa yang saya akan buat,andai saya dapat melihat nanti??" tanya si jejaka.
-"Emmmm.." (si gadis mengangguk2kan kepala..)









(Senyum..) "Andai saya dapat melihat satu hari nanti...saya janji,saya akan jaga awak. Saya tak akan sia-siakan awak. Sebab,saya suka...dan sayang awak sangat-sangat. Cintakan awak. Janji,awak jangan tinggalkan saya ye awak??" Si gadis menitiskan air mata gembira mendengarkan kata-kata si jejaka.

Satu hari,si jejaka sangat gembira kerana ada orang sudi mendermakan mata kepada dia. Kepalang girang hatinya bukan main si jejaka. Kerana dia akan dapat melihat. Melihat wajah kekasih hatinya. Wajah yang sangat-sangat dirinduinya. Yang sangat-sangat disayanginya. Terus,dia bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut. Dan dikhabarkan kepada si gadis.


Selang beberapa hari selepas pembedahan, si jejaka hairan...kenapa si gadis kekasihnya tidak pernah datang melawatnya. Aneh sekali. Tapi,si jejaka tidak kisah. Kerana,dia sudah dapat melihat kembali. Dan,sudah pasti dia boleh mencari kekasihnya itu nanti.

Alhamdulillah,pembedahan itu berjaya dengan izin-Nya. Si jejaka gembira bukan kepalang. Tiada yang lebih gembira selain dirinya. Kini,dia ingin berkongsi kegembiraan tersebut...bersama si gadis kekasih hatinya. Tetapi,apa yang diterimanya....hanyalah sekeping nota. Nota ringkas dari si gadis kekasih hatinya. Isi dalam nota tersebut sudah cukup mengukir senyum di bibir si jejaka tersenyum. Tersenyum girang. Senyum kegembiraan yang amat. Tidak sabar rasanya. Tidak sabar hatinya....ingin bertemu dengan kekasih hatinya itu.















Terus....si jejaka melangkah pergi ke tempat yang telah di janjikan. Tempat yang selalu menjadi pertemuan mereka.




Sungguh,dari kejauhan,si jejaka sudah nampak akan si gadis kekasihnya. Perlahan-lahan si jejaka mendekatinya.









Lalu,dituturkan ucapan salam kepada si gadis. Salam dihulur sedikit mengejutkan si gadis. Namun,ia tetap dijawab dengan tersenyum. Tahulah si gadis,itu adalah si jejaka yang telah pun ditunggu-tunggunya sekian hari.
















                                              


Sejenak si gadis berpaling,entah kenapa si jejaka terpana.Terkejut. Terkesima. Terpempan. Kelu lidahnya tak dapat nak berkata. Terasa berat mulutnya seolah-olah di kunci. Suasana hening menyelubungi persekitaran. Yang kedengaran....hanyalah gesekan rumput-rumput. Desiran angin sepoi-sepoi bahasa. Kicauan burung yang galak,hilang entah ke mana. Sunyi. Sangat sunyi.........


















Si jejaka....dan si gadis....kedua-duanya diam membisu.



















Si jejaka...gagahkan diri membuka mulut. Bertanyakan si gadis. Apakah benar apa yang dilihatnya. Bukan satu lakonankah??

                                         



Si gadis...terdiam mendengarkan pertanyaan si jejaka. Di tundukkan wajahnya. Tiada suara yang menjawab pertanyaan si jejaka. Hanya anggukan kepala saja si gadis termampu. Diam lagi.....buat kesekian kalinya. Si jejaka......dan juga si gadis.

Entah mengapa,si jejaka tiba-tiba berubah. Sekelip mata saja. Pendirian yang selama ini diagung-agungkan olehnya. Kini seolah-olah tidak pernah terungkap dimulutnya. Diluahkan segalanya. Apa yang dirasa oleh si jejaka.


-"Awak. Maaf. Saya tak dapat nak terima awak. Saya tak sangka,rupanya awak senasib dengan saya sebelum ini. Maafkan saya awak. Saya tak dapat nak terima awak sebagai teman hidup saya" ungkap si jejaka. Tiada rasa bersalah. Tiada penyesalan dalan nada kata-kata si jejaka. Sungguh,pengakuan itu sangat kejam, dan dingin sekali.


Si gadis yang masih menunduk. Sekadar terdiam. Pasrah mendengarkan pengakuan si jejaka. Perlahan-lahan,di capainya tongkat disisinya. Tertatih-tatih bangun membetulkan diri. Hampir rebah. Tapi mujur pantas si gadis bersandar pada pokok. Si jejaka hanya memandang kosong. Langsung tiada sedikit ehsan terpapar pada wajahnya.






Sambil melangkah,si gadis hanya tersenyum. Tawar sekali senyumnya itu. Perlahan-lahan si gadis melangkah. Bertemankan tongkat sebagai teman. Dan juga derianya. Saat si gadis melintasi si jejaka.... Entah mengapa,air mata si jejaka tiba-tiba tumpah. Mengalir tanpa dipinta. Si jejaka terkesima. Tertanya-tanya dirinya. Mengapa air matanya tumpah? Kenapa tiba-tiba,dirinya terasa diselubungi perasaan yang sangat sedih. Kecewa. Pedih. Perit dihati. Hati si jejaka terus berkecamuk dengan gelora perasaannya itu yang tiba-tiba berubah.














                                   **************************************************************




maaf yer .. lulu tambah sekali ngan lukisan tangan bg ade feel .. harap enjoy k :)

WASSALAM

 

Dari Hati Lulu .. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei