Jumaat, 21 Januari 2011

Cerita Cinta : Cinta Seorang Loser...

Kata-Kata CikLulu di 9:12 PTG
Assalamualaikum. Hi.
Ummmmm,anyway... Ni ada citer sket. Sori ye,cite mmber punya. So,Lulu dh mintak kebenaran dia nak letak citer ni kat sini. Dia bagi.... So,Lulu ada la sketch sket2. Xde mood sangat nak lukih. Hmmmmmm...

Sebelum mula baca citer,macam biasa. Sila lah dengar lagu yang Lulu letak kat bawah ni ye. Please enjoy the story ya... :)


--------------------------------------------------------------

The story begin....




Sedang M asyik melayan facebook,tiba2 ada popup muncul belah kiri bawah. Owhh,ada friend request. Pantas M tengok. Wahhhh,awek. Tapi sapa?? M tak kenal. M approve dan terus gi usya. 1st time M tgk gmbar dia,ntah nape hati M ni berkecamuk sangat2. Ishh,apahal ni?? M kena heart attack ke apa ni?? Nak kata baru lepas lari pecut 100m,M kan tgh layan FB ni?? Ahhh,M biarkan. Asyik je M duk tgk gmbar awek ni. Ishhh,makin laju lak degupan jantung naluri jantan M ni. 


M msg sama dia. Tak sampai 10 kali kelip mata dia dh reply. Laju!! Kalah P1 WiMax. M cuba balas dlm kadar 5 kali kelip mata. Hehehe.. Dan,dari situ mulalah perkenalan M dengan si dia. M namakan dia sbgai N je la ye. Dah lama duk msg tu. Then,M bg no h/phone M kt dia.

Tiba-tiba,berkumandang lagu BLiZ - Mimpi Yang Mati (ehem3,M promote la sket utk kawan M ni ye XP ) kat h/phone M. No sapa lak ni?? Takdak dalam list h/phone M ni. M segera jawab dan bagi salam. Kedengaran suara halus dan manja menjawab salam M. Eh,awek. Tapi sapa?? Rupa-rupanya N call M. Terus terkelu lidah M. Hahaha.. Then,start situ,kitorang ber'sms' kat h/phone. Kadang2 kt FB.

Walaupun dh lama duk sms,chatting ape,tapi M masih tak berani nk luah perasaan kat N. Bukan takat tak berani,sebenarnya M ni agak pemalu. Ishh...hampeh kan M ni?? Hahahaha.. Tapi,M still masih cuba dengan ayat tersirat gitu. Kadang2 M wat ayat gurau2 walhal M memang maksudkannya. Siap add FB abg si N lagi. Tapi,sama laki biasa la. M berani la mintak. Cakap nak kenal2,nak kawan. Gitu gini gitu gini. Ayat baik punya. Muahahahahaha..

Satu hari,masa duk chatting,N bagitaw kat M. Yang dah ada org lamar N jadi kekasih. M yang dengar ni terkedu. M diam je. M tak reply pn. Then,M taip bait-bait lirik lagu yang jadi faveret N. Terus,N call M. N tanya,M ok x?? M jawab,OK. Tade apa. Biasa. Everythings fine. M dah mula merapu dah. Terus N tanya,nape M lambat? Napa M tak terus-terang? Napa M tak bgtaw awal2? M cuma mampu diam. Lambat je M jawab. "M malu awak. M ni memang pemalu. Pemalu mengalahkan duri semalu. Takpa lah,menda dah jadi. Nak wat camna. "Anyway,semoga happy selalu ye N??" M letak call. Terus off lappy. Takdak mood.

But still,i can't stop think about N. Haizzz,ni la antara kelemahan M. Bila dah suka kat orang tu,susah M nak lupakan. Susah M nak lepaskan. Apa pun,kami masih berhubung. Yeah,that's how it progress. N still kapel. Lum bertunang mau pun nikah lagi. Masih ada peluang lagi. Jadi,M tetap cuba untuk menyelinap masuk. Hahaha... Gila evil plan M kan?? (ni plan bodoh ni... ~,~")

M sangat gembira. Walaupun hubungan tu agak pelik mau pun komplikated,M tetap happy. Sebab ada N. Yeah,that's really make my day full with sunshine. Walaupun kadang2 kami gaduh,but everything is fine. Hahaha...

Satu hari,famili M tepon M. Bagitaw yang atuk M sakit tenat. Terus,M bersiap. Dan dikhabarkan berita tu pada N. Cadang-cadang nak balik keesokan harinya. Tapi,malamnya M terima berita yang atuk M dah pergi. Mengucap panjang M. Sedih sangat. M tak tahu pada sapa nak diluahkan. But,N kan ada?? SO,M call N. M citer,share everything. Dengan air mata yang merembes keluar tak henti-henti,tersedu-sedu bercerita. M luahkan segala-galanya pada N. Betapa menyesal M tak sempat nak tatap arwah atuk M. Betapa banyak yang M nak kongsi cerita M dengan arwah atuk M. N yang mendengar,turut menangis. Thanks N kerana sudi dengar luahan M. So,malam tu jugak dlm pukul 12 tgh malam,M bertolak balik.

M tiba di kampung waktu SUbuh. Terus singgah umah mak sedara. Suma sanak sedara dah ada berkumpul situ. Buat persiapan nak mandikan mayat. Tugas M,bantu penggali kubur. M sempat sms N. Bagitau yang M kena gali kubur dan akan bz sepanjang hari. Dalam pukul 8 pagi lebih,kerja menggali bermula. Dengan disulami hujan renyai-renyai,cuma ni je la yang mampu M buat untuk arwah atuk. Sedih,sebak dan macam2 perasaan bercampur gaul. 



Dan,semasa M tengah menggali. Entah kenapa,tiba-tiba M rasa tak sedap hati. Pelik,M rasa ni bukan sedih sebab arwah atuk M. M pejam mata. Fikir,cuba apa tafsir sendiri apa maksud hati ni terdetik dan berdebar secara mengejut ni. Hmmmmm... Fikir2 balik,rasanya maybe M penat kot. Malas nak fikir pelik2 atau menduga sesuatu yang tak pasti....

4 hari lepas tu,M balik semula. Cuti dh habis. Yes,hubungan M dengan N tetap macam biasa. We share,we happy,we smile together.

Hinggalah satu malam. Kami chatting. Macam biasa,borak2 pasal harian dan bla bla bla. But then,N diam. M ingatkan N bz,jadi M taknak ganggu. N berbicara. Katanya ada something penting dia nak bagitaw. M cakap dia sedia nak mendengar. N bagitaw,yang bf N cadang nak melangsungkan pernikahan dengan N bulan 10 tahun ni. Takpe,masa masih panjang. M rasa there's still a chance. Tapi,perbualan kami lepas tu lebih memeranjatkan M....

M : bila....
Dia : bulan 10 ni kami kawen
Dia : Awk
Dia : maaf
Dia : Saya nk trus trg
Dia : Awk igt x masa awk balik kg
Dia : sbb arwah atok awk meninggal
Dia : igt x?
M : ingat
Dia : Awk igt x masa awk nk kebumikan arwah atok awk
Dia : igt x?
M : ingat
Dia : lau awk nak tahu
Dia : duduk dpan saya elok2
Dia : lau awk nak tahu
Dia : tarikh 2
M : Awak bertunang?
Dia : tarikh saya btunang ngan dia

Tak sangka lak tekaan M betul. Tapi takde apa yang nak dibanggakan walaupun betul. Yang ada cuma rasa sebak,perit,sedih,ngilu dan macam-macam feel dtg serentak. Air mata ni terus bergenang. Pernafasan ni terasa berat. Badan2 terus rasa lemah. Tulang temulang rasa longgar. Hurmmmm... N terus menerus mtk maaf nga M. Mtk maaf sebab tak berterus terang. Mtk maaf sebab sembunyikan hal ni dari M. 

Tapi,M cuba berfikir secara logik. If same thing happen to me,i would act just like her. Nak ke korang lukakan hati orang yang korang sayang?? Orang yang korang cintai?? Sanggup ke korang?? No u not but it must. Kenyataan itu pahit. Hakikat itu benar. Walau sepahit mana kenyataan,itu adalah hakikat kehidupan. Itu asam garam kehidupan. Not everything is sweet. Tetap ada masam pahit masinnya. Nak tak nak M tetap kena terima berita tu. Dengan berat hati,M terpaksa lepaskan N. I fall asleep with tears that night. Bangun pagi pn still the same. Air mata ni terus bergenang bila mana nama N terpacul di mulut M. Hurmmmm...

And,till now,i still can't forget N.. Yeah,im lose.. A loser.. But,M tetap nak menaruh harapan. Walau tipis mana harapan itu,tu sajalah cara untuk M terus melangkah. Keep step forward. Yeah,im still here....still breathe....still walking.... As long there is a hope.........




















Bila kekasih hati dirampas orang , hati di sini merana inginkan cinta itu kembali .. apakan daya itulah kesalahan M .. Ya Kesalahan M dan juga N .. Act N pun sampai sekarang still inginkan cinta M tapi disebabkan terikat dengan tali pertunangannya , N akhirnya mengalah meskipun tidak rela .. 




Biarlah cinta biarlah kasih kubawa ke syurga .. mungkin bukan jodohnya bukan di dunia tapi mungkin di akhirat kelak ..M pergi Mengikuti langkah kaki nya , perginya ke tempat baru .. tempat yang orang xmengenalinya mungkin .. pergi mengikuti langkah kakinya yang longlai sambil membawa cinta yang tak mungkin diambil orang lagi .. pergi ke suatu tempat untuk menggali cintanya .. M terpaksa .. N pun terpaksa .. Perginya M ke tempat baru sambil menunggu N bagai pungguk rindukan bulan .. menunggu yang tak pasti .. mengharapkan N kembali padanya ..







0 Pengkritik:

Catat Ulasan

 

Dari Hati Lulu .. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei