Lulu is here now. Hehe :) Okeh,hari ni Lulu cuma nak citer balik. Satu citer yang penah popular dulu2 (rasanya la...). So,kali ni,Lulu cuma sertakan sket nga sketch yang Lulu lukis. Sori ea,Lulu sketch pn gitu2 je. Huhuhu...
Jadi,sebelum korang baca,Lulu nak mintak korang dengar lagu kat video yang Lulu letak ni sambil baca citer ni. Nak bagi feeling tu lebih UP!! :P Ada 2 lagu,pilih la mana satu. Nak dengar dua-dua pon bleh.
Dan,satu lagi. Lulu mintak maaf ye kalau citer ni ada kena mengena dengan sesapa yang masih hidup atau mati. Lulu mintak maaf bnyk sangat3 ye. Dan,Lulu mintak maaf sebab Lulu bukan seorang penulis yang bagus ye. Dan juga susunan yang berterabur. Huhuhu.. Anyway,ENJOY ye :)
Andy Williams - Love Story
Sad Love Story OST - Will You Come To Me
-----------------------------------------------------------------------------
The story begin......
-"Awak....Terima kasih sebab sudi kawan dgn saya. Walaupun saya ni cacat penglihatan,miskin,hina di pandangan mata org ramai. Tapi,awak tetap sudi berkawan dgn saya. Temankan saya. Ceriakan hati saya. Saya ingatkan,saya cuma insan yang tersisih dalam masyarakat ini. Rupanya,Tuhan dah hantarkan awak sebagai bidadari dalam hidup saya" ujar si jejaka.
-"Sudikah kiranya awak nak dengar...apa yang saya akan buat,andai saya dapat melihat nanti??" tanya si jejaka.
-"Emmmm.." (si gadis mengangguk2kan kepala..)
(Senyum..) "Andai saya dapat melihat satu hari nanti...saya janji,saya akan jaga awak. Saya tak akan sia-siakan awak. Sebab,saya suka...dan sayang awak sangat-sangat. Cintakan awak. Janji,awak jangan tinggalkan saya ye awak??" Si gadis menitiskan air mata gembira mendengarkan kata-kata si jejaka.
Satu hari,si jejaka sangat gembira kerana ada orang sudi mendermakan mata kepada dia. Kepalang girang hatinya bukan main si jejaka. Kerana dia akan dapat melihat. Melihat wajah kekasih hatinya. Wajah yang sangat-sangat dirinduinya. Yang sangat-sangat disayanginya. Terus,dia bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut. Dan dikhabarkan kepada si gadis.
Selang beberapa hari selepas pembedahan, si jejaka hairan...kenapa si gadis kekasihnya tidak pernah datang melawatnya. Aneh sekali. Tapi,si jejaka tidak kisah. Kerana,dia sudah dapat melihat kembali. Dan,sudah pasti dia boleh mencari kekasihnya itu nanti.
Alhamdulillah,pembedahan itu berjaya dengan izin-Nya. Si jejaka gembira bukan kepalang. Tiada yang lebih gembira selain dirinya. Kini,dia ingin berkongsi kegembiraan tersebut...bersama si gadis kekasih hatinya. Tetapi,apa yang diterimanya....hanyalah sekeping nota. Nota ringkas dari si gadis kekasih hatinya. Isi dalam nota tersebut sudah cukup mengukir senyum di bibir si jejaka tersenyum. Tersenyum girang. Senyum kegembiraan yang amat. Tidak sabar rasanya. Tidak sabar hatinya....ingin bertemu dengan kekasih hatinya itu.
Terus....si jejaka melangkah pergi ke tempat yang telah di janjikan. Tempat yang selalu menjadi pertemuan mereka.
Sungguh,dari kejauhan,si jejaka sudah nampak akan si gadis kekasihnya. Perlahan-lahan si jejaka mendekatinya.
Lalu,dituturkan ucapan salam kepada si gadis. Salam dihulur sedikit mengejutkan si gadis. Namun,ia tetap dijawab dengan tersenyum. Tahulah si gadis,itu adalah si jejaka yang telah pun ditunggu-tunggunya sekian hari.
Si jejaka....dan si gadis....kedua-duanya diam membisu.
Si jejaka...gagahkan diri membuka mulut. Bertanyakan si gadis. Apakah benar apa yang dilihatnya. Bukan satu lakonankah??
Si gadis...terdiam mendengarkan pertanyaan si jejaka. Di tundukkan wajahnya. Tiada suara yang menjawab pertanyaan si jejaka. Hanya anggukan kepala saja si gadis termampu. Diam lagi.....buat kesekian kalinya. Si jejaka......dan juga si gadis.
Entah mengapa,si jejaka tiba-tiba berubah. Sekelip mata saja. Pendirian yang selama ini diagung-agungkan olehnya. Kini seolah-olah tidak pernah terungkap dimulutnya. Diluahkan segalanya. Apa yang dirasa oleh si jejaka.
-"Awak. Maaf. Saya tak dapat nak terima awak. Saya tak sangka,rupanya awak senasib dengan saya sebelum ini. Maafkan saya awak. Saya tak dapat nak terima awak sebagai teman hidup saya" ungkap si jejaka. Tiada rasa bersalah. Tiada penyesalan dalan nada kata-kata si jejaka. Sungguh,pengakuan itu sangat kejam, dan dingin sekali.
Si gadis yang masih menunduk. Sekadar terdiam. Pasrah mendengarkan pengakuan si jejaka. Perlahan-lahan,di capainya tongkat disisinya. Tertatih-tatih bangun membetulkan diri. Hampir rebah. Tapi mujur pantas si gadis bersandar pada pokok. Si jejaka hanya memandang kosong. Langsung tiada sedikit ehsan terpapar pada wajahnya.
Sambil melangkah,si gadis hanya tersenyum. Tawar sekali senyumnya itu. Perlahan-lahan si gadis melangkah. Bertemankan tongkat sebagai teman. Dan juga derianya. Saat si gadis melintasi si jejaka.... Entah mengapa,air mata si jejaka tiba-tiba tumpah. Mengalir tanpa dipinta. Si jejaka terkesima. Tertanya-tanya dirinya. Mengapa air matanya tumpah? Kenapa tiba-tiba,dirinya terasa diselubungi perasaan yang sangat sedih. Kecewa. Pedih. Perit dihati. Hati si jejaka terus berkecamuk dengan gelora perasaannya itu yang tiba-tiba berubah.
3 Pengkritik:
kaka.. best >.<
ye mira :)
sedih weh...nak nak sambil dengar lagu tu...masyukkkkk.. T.T
pinjam bahu cik lulu jap bleh?? nk tumpang nangis... T.T
Catat Ulasan