Isnin, 24 Januari 2011

Cerita Cinta : Jangan kau sesali sesekali....

Kata-Kata CikLulu di 1:04 PG
Assalamualaikum. Hi. Lulu is here.. :)
Okeh,sori ye,agak bz kebelakangan ni. Huhu... >,<" So,agak slow la sket nk update blog ni... Ummmm,macam biasa,baca cite ni,kena la dengar lagu ea?? Hehehehehe.. Mintak maaf kalau cite ni ada kena mengena sesapa,baik yang masih hidup atau yang telah pergi. Maaf ye,Lulu tak pandai nak mengarang2 ni ye... Well,enjoy all :)




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


YES!! At last,dia sudi gak kuar nga aku. Dah lama aku usya dia. Aku tataw nape tapi 1st time aku tgk dia,memang terus aku sangkut. Betapa susah aku nak ayat dia. Bila ditegur,langsung tak jawab. Aku ni bukannya hantu sampai takut nak jawab teguran aku ni. Kalau jawab teguran hantu tu,iye la bleh sampai demam. Seminggu la paling kurang2 kan? Kan? Tak kisah lah,janji dia sudi kuar nga aku dah. Heh!
+++++++
Aku sangat happy. Macam dunia ni ana yang punya. Thanks awk,sebab sudi terima saya sebagai bf awk. Saya janji,saya akan buat yang terbaik,jaga awk,happykan awk. Dan yang penting,sy takkan tinggalkan awk walau apa pun yang berlaku di hari akan datang. Dan,saya harap awk suka nga present yg saya bagi kat awk tu. :)
+++++++
Awk,sebenarnya saya heran sket. Nape awk ni lain macam sket?? Sangat berahsia. Tak sudikah awak berkongsi rahsia awk tu dgn saya?? Erkkk,mksud saya....klu awk ada apa2 masalah yg awk nk luahkan,saya sudi nk mendengarnya. Saya tau saya bukanlah seorang pendengar yang baik,tp at least,bila awak dh share masalah yg awak hadapi tu,kuranglah beban sket kat awak. Yang paling saya heran,saya tak penah tgk awk makan. Kalau kita keluar,awk selalu minum je. Hmmmmm... Heran kan??
+++++++
Hehehe....gila segan saya nga famili awk. Tapi,seram kejap aku bila ngadap ayah awk. Garang sekali luarannya. Risau gak kot2 saya kena rejek ke apa. Huhu... Tapi,tak sangka ayah awk peramah sgt2. Mak,abang nga kakak awk pn sama. Maklumlah,awk kan anak bongsu. Anak kesayangan... Untung saya dpt kenal famili awk. :) Awak,saya janji yg saya akan jaga awk sepanjang hayat saya,dan takkan tinggalkan awk sama sekali. SAYA JANJI!!
+++++++


The story begin......






Satu hari,seperti biasa Amin pergi ke kelas. Walaupun dah agak lewat,tapi selaku top 10 student,takde la lecturer nk marah kan?? Sesampai di kelas,Amin hairan. Nape ramai sangat berkumpul depan pintu kelas. Ada sesuatu yang tak kena. Hati Amin tiba-tiba berdebar. Bukan tu kelas Ain??  Amin mempecepatkan langkahnya. Dia cuba mencelah untuk melihat sama tapi gagal. Lalu Amin bertanya kepada rakan sekelas Ain yang kebetulan ada diluar.




"Ain pengsan. Tiba-tiba je td masa lecturer tgh mengajar" kata rakan sekelas Ain.


Amin terkedu. Tapi kenapa?? Bila difikirkan balik,dia perasan yang wajah Ain nmpak pucat kebelakangan ni. Seperti sedang menanggung sakit. Tapi,tiap kali Amin bertanya pasti Ain akan berdalih. Nampaknya,punca Ain pengsan pasti ada kaitan kenapa Ain nampak pucat dan tak bermaya kebelakangan ni.


Ain kemudian dibawa ke hospital. Amin turut ikut sama. "Takpelah,ponteng kelas sekali sekala. Aku nak gak taw camne keadaan Ain tu" getus hati Amin.


Amin smpai lewat sedikit dihospital. Semasa Amin parking motornya,dia perasan kereta ayah Ain dah ada. Ini membuatkan Amin lebih berdebar-debar. Langkahnya semakin pantas. Amin berhenti dikaunter pertanyaan bertanyakan tentang Ain. Pantas Amin melangkah ke arah yang ditunjuk. Sampai di pintu bilik yang ditujui,Amin menarik nafas 


panjang2. Melegakan pernafasannya yang tercungap2. Setelah tenang,Amin buka pintu perlahan2. Tapi,Amin berhenti menolak pintu sampai habis. Amin terdengar perbualan doktor dan ayah Ain yang kebetulan ada disitu.


Doktor : Nampaknya,keadaan Ain ni semakin berat.
Ayah Ain : Kenapa doktor?? Apa yg dah berlaku sebenarnya??
Doktor : Dari pemeriksaan yg saya buat tadi,nampaknya kanser gastrik dlm tubuh Ain semakin merebak. Dengan kata lain,Ain mengidap kanser gastrik tahap 3.


Terpacul istighfar dari mulut ayah Ain. Mengucap panjang tak henti2. Amin yang curi2 mendengar terkedu. Rupanya,ni lah rahsia yang disimpan oleh Ain. Pantas,Amin meninggalkan hospital. Entah apa yg bermain difikirannya tiada siapa yang tahu.


Seminggu kemudian,Amin mengajak Ain berjumpa. Tanpa sempat Ain berbicara,Amin segera meluahkan isi hatinya. Amin mintak putus hubungan dengan Ain. Amin berbuat demikian kerana dia tidak dapat terima bahawa Ain sedang sakit. Berpenyakit. Ain yang mendengarkan permintaan Amin itu,bercucuran air mata. Langsung Ain tak diberi peluang untuk berbicara. Ain tersedu2 menahan kesedihan. Dan,Amin melangkah pergi.....tanpa berpaling lagi.


SETAHUN KEMUDIAN...


Amin kini sudah bekerja. Sebagai seorang arkitek muda yang sedang mencipta nama,Amin kini hidup selesa. Tapi,Amin berasa hidupnya kosong. Sejak Amin putus hubungan dengan Ain,dia tidak lagi menjalinkan hubungan dengan mana2 perempuan. Dia hanya menumpukan kepada pengajiannya. Hasilnya sudah dapat dilihat sekarang.Tapi entah kenapa,kebelakangan ni Ain sering bermain difikiran Amin. Sering berlegar dimindanya. Amin sering terbayang saat2 dia bergelak ketawa dengan Ain setiap kali Amin buat lawak. Perasaan rindunya semakin membuak-buak. Tapi,betapa menyesalnya Amin bila difikirkan balik. Saat dia minta perpisahan dengan Ain,tidak pernah dia fikirkan perasaan Ain. Betapa kejamnya Amin kerana mementingkan diri ketika itu. Hanya kerana Ain sakit,dia sepatutnya berada disisi Ain. Temankan Ain. Beri sokongan. Tapi,perpisahan yang diminta oleh Amin.


Kali ni,Amin nekad. Dia nak cari balik Ain. Dia ingin mohon maaf atas segala salah silapnya. Amin segera pergi ke rumah keluarga Ain. Semoga keluarga Ain masih kekal disitu. Sampai dirumah yang dituju,Amin segera keluar dari keretanya. Amin memberi salam. Kedengaran suara garau menjawabnya. Pasti itu ayah Ain.


Amin tersenyum tatkala melihat ayah Ain keluar. Ayah Ain sebaliknya,sedikit terkejut. Namun,tetap dipersilakan Amin masuk ke dalam rumah. Amin tersenyum melihat didalam rumah Ain. Masih seperti dulu. Tak banyak yang berubah. Amin cuba berbicara dengan ayah Ain. Sepatah ditanya,sepatah yang dijawab. Amin hairan. Seketika kemudian,mak Ain datang dengan membawa minuman. Mukanya sedikit cengkung. Matanya lebam dan merah. Seolah2 baru lepas menangis. Hati Amin sedikit gelisah. Gelisah kerana tidak nampak kelibat Ain.


Amin menghirup sedikit air teh'o yang dibawa oleh mak Ain. Kali ni,Amin mula berbicara...


Amin : Emmmm,pakcik. Ain ada tak?
Ayah Ain : (memandang Amin dengan wajah kosong dan tidak menjawab pertanyaan Amin)
Amin : Hmmmmmm...pakcik. Biarlah saya berterus terang. Tujuan saya datang ni sebab saya nak mohon maaf dengan Ain. Saya mengaku,saya yang silap. Saya tak patut putuskan hubungan saya dengan Ain. Saya terlalu ikutkan perasaan saya. Saya dah lukakan hati Ain. Hari ni,saya datang nak minta maaf dengan Ain. Saya mengaku,saya masih tak boleh lupakan Ain. Jadi,saya harap....pakcik benarkan saya berjumpa dengan Ain. Bolehkah pakcik?


Ayah Ain diam. Menundukkan kepala memandang lantai. Terdengar keluhan berat dari ayah Ain. Ayah Ain bangun dan masuk ke dalam bilik. Amin tersenyum. Syukur,dia masih diberi peluang. Hatinya gembira bukan kepalang. Seketika kemudian,ayah Ain kembali. Kali ni dengan dua buah buku ditangannya. Dihulurkan kepada Amin.


Ayah Ain : Untuk kamu. Bacalah.


Amin ambil buku tersebut dari ayah Ain. Tertulis 2009 dimuka hadapan. Diselak satu persatu muka surat. Rupa-rupanya,buku itu adalah diari Ain. Dibelek-belek dan dibacanya satu persatu setiap helai muka surat...


17 Januari : Hari ni,ada sorang mamat tegur saya. Tapi,saya tak layan. Sebab saya tak kenal la saya tak layan. Macamlah hensem sangat. Perasan. Huh!


Amin tersenyum simpul. Tahulah dia mamat itu adalah dirinya.


2 Februari : Berdebar pulak rasanya nak keluar dengan Amin tadi. Tapi,tak sangka Amin ni pandai orangnya. Pandai ambil hati,pandai buat lawak. Nasib baik tak tumpah air minuman tadi. Kalau tak,malu orang ramai tengok. Hahaha..


14 Februari : Hari ni,Amin melamar saya jadi kekasihnya. Saya terharu sangat2. Terima kasih Amin,sebab sudi terima saya yang tak seberapa ni. :')


7 April : Hehehe,baru dia tahu macam mana famili saya. Saya dah cakap famili saya OK je,peramah. Takdelah nak garang2. Amin je yang terlebih meraban. Ni gerenti lepas ni nak datang lagi ni. Sedapkan masakan mak saya?? Mesti awak mengigau2 sampai mengidam nanti. Hahahaha...


Amin sapu air matanya yg bergenang. Ya,dia masih ingat. Betapa gabranya Amin saat dia pergi ke rumah Ain. Kelakar sangat. Amin tersenyum...


20 Mei : Hari ni........Amin minta putus hubungan. Katanya dia tak dapat terima saya. Sebab saya sakit. Amin,saya minta maaf banyak2 Amin. Bukan niat saya nak rahsiakan dari awak. Saya memang nak beritahu awak awal2,tapi saya tak sampai hati. Saya takut awak akan tinggalkan saya. Saya tahu,tak mungkin ada orang yang nak kan orang yang sakit seperti saya. Saya sayangkan awak sangat2 Amin. Maafkan saya kerana mementingkan diri. Perasaan diri. Maafkan saya Amin. Maafkan saya........


Terdapat kesan dakwat pecah pada helaian itu. Pastinya terkena sedikit air. Amin tahu,pasti Ain menitiskan air mata saat dia menulis ketika itu. Air mata Amin turut menitis. Tapi segera dikesatnya,risau air matanya akan terkena tulisan Ain. Amin membelek2 lagi. Tapi,kosong. Amin membelek lebih pantas setiap helaian.


18 Disember : Hari ni......doktor mengesahkan yang penyakit kanser gastrik saya semakin merebak. Kata doktor,dah sampai tahap 5. Peluang hidup saya....sangat tipis.


Amin membelek lagi sehingga habis. Kosong. Dicapainya diari kedua. Pantas jemari Amin membelek.


14 Februari : Amin........saya rindukan awak.....


Amin makin tak keruan. Hatinya semakin bergelora dengan berbagai perasaan. Air matanya mula menitis. 


14 Mei : Mak,ayah,abang,kakak....Adik minta maaf banyak2. Adik banyak menyusahkan mak,ayah,abang dan kakak. Adik buat semua orang risau. Adik tak mintak semua tu. Maafkan adik.....maafkan adik ye mak,ayah,abang,kakak. Adik minta halal makan minum pakai adik selama ni. Adik sakit. Adik tak tahan sakit. Cuma satu pinta adik....tolong beritahu Amin. Adik sayangkan dia....sayang dia sangat2. Adik rindukan dia sangat2. Adik nak jumpa dia........adik nak tengok wajah dia buat kali terakhir. Adik nk mintak maaf dengan dia. Nak mintak maaf dengan segala salah silap adik dengan dia. Tolong adik ye mak,ayah,abang,kakak?? Tu aje pinta adik....


Amin membelek2 lagi. Kali ni kedengaran Amin mula tersedu-sedu....


Ayah Ain : Sebenarnya................Ain baru saja meninggal minggu lepas. Allah SWT lebih sayangkan Ain dari kita.


Perlahan sekali pertuturan dari ayah Ain. Amin terkedu. Dia berhenti membelek diari ditangannya yang menggigil.


Ayah Ain : Ain...................dia selalu sebut nama kamu Amin. Pakcik,makcik,abang dan kakak arwah Ain yang mendengarnya..........tak tahu bagaimana nak menghubungi kamu. Kami............


Bicara ayah Ain terhenti disitu. Ketika itu juga,kedengaran tangisan mak Ain yang berada didapur. Ayah Ain menundukkan kepala,menitiskan air mata. Pernafasan Amin mula memberat. Air matanya...........bercucuran tak henti henti kali ni. "Ya Allah! Apa aku dah buat ni?? Ain,maafkan saya Ain. Maafkan saya............Ain..........." getus hati Amin. Menyesal Amin bukan kepalangnya. Tapi,menyesalnya tiada guna. Menangis air mata berdarah sekali pun,tidak akan mengembalikan kembali apa yang telah berlaku. Dan,paling Amin kesalkan....Amin gagalkan tunaikan janji dia. Janji Amin.....TAKKAN TINGGALKAN AIN WALAU APA PUN BERLAKU.







0 Pengkritik:

Catat Ulasan

 

Dari Hati Lulu .. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei